Friday, October 16, 2009







Cupcake







Saturday, October 3, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Tempahan Bahulu Gulung dari Kelab Polo DiRaja Pekan sebanyak 100 btg
Agak lama aku tak update blog ni maklumlah sibuk dengan aktiviti semasa bulan ramadan aritu dan tempahan biskut raya,bahulu gulung,bahulu cermai,kek dan pelbagai lagi aku terima sempena raya.Sampai tak menang tanganlah mujur untuk biskut aku telah mengupah seorang pekerja untuk membantu.Sehinggakan pagi raya pun ada jugak orang menempah bahulu gulung nasib baik kampung tak jauh sampaikan keluargaku bising "tak ingat nak raya ke"aku buat tak tau je..dah biasa tiap2 tahun memang macam tu..
Aku ni ibu tunggal jadi kena bekerja keras sket untuk mencari duit lebih untuk belanja raya.Apa2 pun raya tetap rayakan..Alhamdullilah rezeki anak..
Sekarang ni aku berehat sementara tapi masih menerima tempahan dari kawan2 pejabat untuk sambutan hari raya diaorang..Banyak gambar aku tak sempat nak ambik aritu tak sempat kelam kabut..takpelah entry akan datang aku masukkan gambar2 kuih2 dari hasil kerja tanganku..
Di kesempatan ini aku ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap aku selama ini dan kepada semua customers ku terima kasih diatas tempahan2 yang dibuat...kepada blogger2 yang lain ku mohon maaf terutama myroyalpudding dan manis d'oven..
Selamat Hari Raya... Maaf Zahir dan Batin..